Pages

Sunday 1 July 2012

KALAU NAK ANAK SOLEH PINTAR..


Titisan zuriat bermula dari alam rahim. Di sinilah saat bermulanya kehidupan bayi yang bergelar janin. Justeru waktu kehamilan adalah saat paling penting dalam proses perkembangan janin. Ini kerana dalam tempoh tiga bulan pertama kandungan, otak janin mula berkembang dengan pesat. Janin sudah mampu merasa dan memberi reaksi terhadap persekitarannya. Misteri alam rahim ini bukanlah satu cereka sebaliknya turut diakui oleh ahli sains perubatan melalui teknologi kejaninan.

Hasil penyelidikan telah membuktikan bahawa otak bayi dalam kandungan sudah mula menunjukkan potensi yang mengkagumkan. Kebanyakan ibu hamil tidak menyedari bahawa pengalaman dan emosi ibu semasa mengandung turut dirasai oleh janin. Dunia awal janin iaitu alam rahim merupakan institusi pertama bagi bayi mempelajari segala perkara baru yang dapat dirasainya. Janin menyerap dan merakamkan segala detik dan pengalaman yang dilalui tanpa mampu menapis kerana mekanisma menapis maklumat masih belum terbentuk.



Tanpa disedari perlakuan dan emosi ibu sepanjang tempoh kehamilan turut mempengaruhi personaliti dan watak bayi apabila dilahirkan kelak. Sebaik sahaja bayi lahir ke dunia, mereka telah pun memiliki lebih kurang 1 X 10 sel neuron di otak. Sel-sel neuron terus berembang dengan pesat sehingga berusia lima tahun. Pada tahap inilah bayi belajar mengamati lingkungannya. "Sepanjang manusia membesar, terutama di awal usianya, dia adalah seperti plastik, terdedah kepada tanggapan-tanggapan, peka dan terpengaruh dengan persekitaran serta tanggapan-tanggapan mental dan fizikal yang akan membentuk dirinya dalam kehidupan," - Prof. Robert Debre.

Berdasarkan keadaan ini, ibubapa sebenarnya mempunyai peluang yang luar biasa untuk mempengaruhi dan mencorakkan anak-anak menjadi manusia pintar, cemerlang dan bermutu. Khususnya, ibu hamil kerana mereka lebih dekat hati dan perasaan dengan janin yang dikandungnya. Ibu hamil yang bijak dan prihatin berupaya untuk melahirkan insan kamil beserta keupayaan minda yang tinggi.

Bagaimana peluang ini boleh digarab oleh ibubapa khususnya ibu yang hamil?
Dr Hassan Haji Mohd Ali dalam bukunya, 'Mendidik Anak Pintar Cerdas,' menggariskan bahawa janin dalam kandungan sebenarnya boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu khususnya sentuhan kasih sayang. Makanan yang berprotein juga penting dalam pembinaan otak bayi. Di samping itu, berkurun-kurun lamanya Islam telah menekankan hal merangsang (mendidik) anak sejak dalam kandungan melalui amalan-amalan tertentu. Malah, Islam juga turut mendidik pasangan cara-cara berjima' untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

Cara-cara merangsang bayi dalam kandungan . Pastikan ibu mempunyai emosi yang tenang dan riang supaya anak yang akan dilahirkan sentiasa riang-rangsang dan tidak mudah meragam Lahirkan perasaan rindu menanti kelahiran bayi tersebut dengan penuh ikhlas dan kasih sayang melalui usapan-usapan lembut Perdengarkan beberapa jenis bahasa, muzik terutamanya zikir dan ayat al-Quran serta pelbagai rangsangan pengetahuan asas yang mudah Sentiasa bercakap-cakap dengan bayi dalam kandungan dengan kata-kata manja, lunak dan menyegarkan. Mulalah ajarkan bacaan seperti A,B,C, 1,2,3; memperkenalkan diri seperti: 'Assalamualaikum/hello sayang, ini emak/ayah,'

'Anak emak/ayah bijak/baik' dan sebagainya Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti: menepuk perut dengan lembut,menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut untuk menenangkannya, menepuk perut untuk mendapatkan reaksi bayi Rakamkan suara ibu, ayah dan ahli keluarga yang lain beserta bunyi-bunyian dan pasangkan 'ear-phone' ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara setelah dilahirkan kelak Perkenalkan perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut. Lakukan rangsangan ini selama 5-10 minit

Islam amat menggalakkan ibu-ibu mengandung mengamalkan beberapa perkara tertentu agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya: Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat. Dengan amalan ini Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat.

Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama Banyak membaca al-Quran. Antara ayat-ayat al-Quran dan surah yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, surah Yasin, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-Nahl (ayat 78) dan surah al-A'raf (ayat 189). Dengan membaca surah dan ayat ini selain daripada ibadah ia juga untuk memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna dan soleh Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

Wanita hamil perlu mengetahui bahawa perasaan yakin dan gembira sewaktu hamil akan mengeratkan hubungan kekeluargaan terutama dengan suami dan ahli keluarga. Keadaan emosi yang tenang dan bahagian akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Ibu yang sihat menjamin keadaan pernafasan, pemakanan dan hormon yang stabil. Kestabilan ini dengan sendirinya dapat membantu membekalkan oksigen dan makanan yang lancar untuk janin.

Ibu hamil yang tenang dan bersikap positif terhadap kehadiran bayinya juga didapati kurang mengalami risiko kehamilan. Mereka lebih mudah melahirkan anak. Keselesaan dan perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...