Pages

Monday 2 July 2012

6 rukun usrah.



Assalamualaikum semua  :)


di awal pembabitan saya dalam penulisan blog, saya selalu berkongsi tentang aktiviti usrah saya bersama rakan serumah. usrah yang di anjurkan oleh kakak senior merangkap jiran sebelah rumah sewa kami (sangat rindukan mereka!). hari pertama usrah, ada di beritahu mengenai rukun usrah. ada 6 kesemuanya. setiap kali perjumpaan, akan di beritahu 1 rukun tapi tak di terangkan dengan begitu mendalam kerana terlalu banyak perkongsian laen yang ingin di bincangkan ditambah pula beza waktu antara Maghrib dan Isyak yang tidak begitu panjang.


dan tadi saya tersinggah kat 1 blog ni yang menceritakan tentang rukun usrah. wah, kebetulan pula, kenangan terindah kembali mengusik jiwa. so saya nak kongsikan disini supaya semua boleh baca dan fahami.

***


6 rukun usrah

Bukan rukun usrah, tetapi rukun ukhuwwah. Tetapi tetap boleh diaplikasikan dalam pengendalian halaqah, kerana usrah itu memang berkait rapat dengan ukhuwwah Imaniah.


1. Ta'aruf

Tidak sekadar mengenal dari aspek luaran semata-mata, atau mengenal perkara yang terlalu asas. Sewajarnya sifat-sifat yang terbenam di dalam diri seorang sahabat turut diambil kira, demi memastikan bahawa silaturrahim yang terjalin berpanjangan. Selain itu, proses pertama ini begitu penting dalam usaha untuk menghargai bakat, kelebihan dan keistimewaan seseorang individu. Ingat, proses ini sepatutnya berlaku secara berterusan.

2. Ta'aluf

Wujud kesatuan di antara seorang individu dengan individu yang lain. Terdapat bermacam wahana yang akan mengikat hati-hati sesama umat manusia, namun semestinya wadah terbaik ialah kesatuan akidah. Apabila jiwa-jiwa ini menyatu lantaran ketundukan terhadap Allah Azzawajalla, maka segala kepentingan duniawi akan diketepikan. Aspek ini juga menjadi pembeza antara ukhuwwah Islamiah dan ukhuwwah jahiliah.

3. Tafahum

Peri-penting untuk kita saling memahami antara satu sama laindemi merealisasikan suatu perhubungan yang kaya dengan nilai toleransi. Hakikatnya bahawa manusia ini diciptakan dengan bermacam ragam dan tanpa usaha untuk mensikapi kekhilafan ini secara positif, hubungan tersebut bakal lenyap. Tafahum turut berperanan untuk mewujudkan rasa kecintaan antara sahabat semata-mata atas nama rindukan Tuhan.

4. Tafaqud

Menghulurkan pertolongan kepada rakan tanpa perlu tunggu diminta. Teman yang sejati ialah kawan yang senantiasa peka akan keperluan individu-individu di sekelilingnya. Paling utama, bantuan tersebut dihulurkan tanpa mengharapkan sebarang balasan dari segi material. Memadai sudah rasa kasih sayang yang akan menjadi semakin utuh. Sebagai sahabat dunia dan akhirat, pengorbanan itulah yang menjadi taruhan untuk kita bersua di Jannah kelak.

5. Ta'awwun

Tidak jenuh/jemu untuk membantu dalam perkara-perkara yang mampu untuk meningkatkan keimanan dan tidak sekali-kali menolong dalam perlakuan mungkar. Rakan yang setia ialah seseorang yang mampu untuk mendekatkan diri dan teman-temannya dengan Allah Ta'ala. Apabila berada hampir dengannya, kalbu terasa tenang, jiwa terasa lapang dan hati nantiasa mengharap maghfirah Tuhan.


6. Tanashur

Inilah kemuncak ukhuwwah, yakni kesetiaan atas dasar ketaatan terhadap Allah Azzawajalla semata-mata. Segenap jiwa dan raga dikorbankan, ithar (melebihkan keperluan sahabat berbanding hak diri sendiri) diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Di sinilah termaktubnya kesetiaan Abu Bakar As-Siddiq kepada Rasulullah Solallahu 'alaihi wassalam. Pendek kata, persahabatan yang terbina itu seakan-akan menjanjikan rahmat dan berkat dalam nikmat beragama.

Rujukan untuk pengisian ini ialah kitab Merajut Benang Ukhuwwah Islamiah hasil karangan Ali Abdul Hamid Mahmud. Allahu Ta'ala a'lam.

sumber : 6 rukun usrah

***
sesungguhnya hati yg jujur dan penuh keikhlasan akan membentuk kepercayaan yg boleh mengeratkan hubungan antara sahabat kepada sahabat yg lain. semoga ikatan ukhuwwah antara kita kan berkekalan buat selama-lamanya. terlalu banyak yang saya belajar dari kamu semua. terima kasih sahabat! terima kasih Allah kerana mempertemukan saya dengan mereka  ;)

diharap perkongsian kali ni memberi banyak manfaat buat semua

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...