Pages

Sunday 8 July 2012

أجمل النساء

wanita mana yang paling cantik~
Dalam research kali ni…saya ingin berkongsi dengan anda maklumat terbaru yang baru saya dapat. Tajuk kali ini adalah… WANITA MANA PALING CANTIK?? Kalau di Eropah - wanita Czech adalah antara paling cantik Kenapa? Jawapanya kerana secara amnya wanita Czech mempunyai *tubuh yang lampai *muka bujur sirih *rupa paras yang cantik umpama model Namun ada lagi wanita yang lebih cantik daripada wanita Czech…. Siapa???? Wanita Rusia kerana mempunyai kulit lebih putih dan manja Benarkah wanita Rusia lebih cantik? X juga apabila dikaji, wanita Czech dan Rusia tidak dapat menandingi wanita Bosnia. Kenapa? Jawapannya ada dua… *Pertama- cantuman kecantikan darah Eropah dan Arab. Bangsa Bosniak berasal dari warga Turki Uthmaniyah menjajah hinga ke wilayah tersebut pada 1463-1878. *Kedua- mempunyai cahaya kelembutan pada wajah (tidak ada pada wanita Eropah). Cahaya kelembutan tetap terpancar walaupun terselindung di hijab mereka dan pakaian yang longgar. Di Asia Barat…mungkin wanita Lebanon kerana mempunyai…. -tubuh yang mekar -kulit putih bersih -warna mata yang bercahaya -rambut perang beralun Adakah wanita Lebanon paling cantik di Asia Barat? Tidak juga kerana secara umumnya wanita Syria. (Syria dan Lebanon berjiran dan bersaudara) namun disebabkan faktor2 tertentu menyebabkan mereka berbeza… Wanita Syria -kecantikan mereka tidak datang dari penampilan seksi tetapi hati -mempunyai wajah yang lembut (seperti ada cahaya di pipi, mata, bibir, dan seluruh wajah seterusnya tempias pada pertuturan, gerak laku serta kesopanan mereka) Begitu juga dengan wanita Melayu tetapi secara umumnya, wanita Melayu tidak mempunyai -tubuh yang jinjang -kulit putih -warna mata yang menawan Tetapi memang cantik Persoalannya………………….. Mengapa wanita Bosnia, Syria, dan Melayu mempunyai wajah yang cantik…..??? Kerana mereka mempunyai kecantikan dalaman ( jiwa, hiti, iman dan minda) Cantik adalah subjektif : Ada yang suka putih dan ada yang suka gelap…kalau tidak mana mungkin (supermodel) Heidi Klum dengan Seal iaitu seorang lelaki hitam peniuh jerawat… betul tak….??? Kecantikan dalaman tidak dapat direka malah lahir secara semulajadi. Kita sering melihat wajah yang sering solat,beribadah pada waktu siang dan malam, dan selalu zikir dan berhati bersih akan kelihatan bercahaya. Mungkin mereka tidak cantik tetapi wajah mereka berseri-seri, tenang dan sejuk . senyuman mereka ikhlas dan ada mata mereka terpancar sifat rendah diri dan tawaduk. Kajian daripada Dr. Masaro Emoto, Profeser Emeritus Water for Life Faundation, Dr Masaro terkenal dengan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Dalam penyelidikan itu, eliau mendapati air yang dibacakan dengan ayat dan doa-doa keagamaan, kemudian didinginkan sehingga -5 darjah celcius di makmal, kemudian diambil gambar menggunakan mikroskop elektrondengan kamera halaju tinggi mendapati molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah. Seandaiya dimaki dan dihujani perkataan buruk, atau lagu heavy metal, kristal yang terbentuk adalah HODOH. Sebaliknya jika dibacakan ayat-ayat keagamaan, kristalyang terbentuk bersegi enam dengan lima cabang berkilauan. penyelidikan Dr. Masaro membuktikan bahawa air boleh mendengar, memahami pesanan yang dihantar kepadanya. Apalah kena mengena kajian Dr. Masaro ni dengan kcantikan yep???? Pernah tak anda terfikir bahawa manusia ini lahir daripada air dan 75% daripada tubuh kita adalah air? Malah 75% peratus daripada otak kita adalah air? Apatah lagi wanita Muslim yan berwudhu’ lima kali sehari kewajah mereka. Dalam setiap wudhu’ itu pula diaca doa, serta memuji kebesaran Illahi. Rasulullah saw perah bersabda yang ermaksud: “ sesungguhnya umatku akan muncul pada hari kiamat denga wajah yang gemilang dan kedua anggota (tangan dan kaki) yang bercahaya disebabkan bekas wudhu’. Barangsiapa diantara kamu yang sangup memperpanjang cahaya, maka lakukanlah” (Riwayat Muslim) Beberapa penemuan kajian saintifik mendapati salah satu manfaat wudhu’ ialah air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negative yang boleh meneutralkan darah serta membantu menyerapkan oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah lebih cerah dan berseri… Jadi, kecantikan luaran dan dalaman perlu ditikberatkan... cantik luaran cantik lagi dalaman... janganlah sekadar mementingkan cantik luaran dengan memakai pelbagai produk berjenama ataupun yang berada di pasaran...padahal produk wudhu' serta menunaikan kewajipan kita sebagai HAMBA tidak di laksanakan.... renung- renungkanlah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...