Pages

Wednesday 27 June 2012

DOKTOR MORSI MENANG...


Umum: Kemenangan Dr Morsi – Gendang Perjuangan, Bukan Loceng Rehat.




Kepada Ikhwaanul Muslimin, kepada Dr Morsi dan semestinya, kepada yang memainkan peranan paling besar sekali atas kemenangan hari ini  rakyat Mesir. Tanpa kami tinggalkan syukur dan rasa rendah diri kami kepada Allah SWT yang menggerakkan semua ini.
Dr Morsi, calon Presiden Mesir dari Parti Kebebasan dan Keadilan yang dikelolakan oleh Ikhwaanul Muslimin, telah secara rasminya diumumkan menjadi Presiden Mesir pertama pasca Revolusi Mesir 25 Januari 2011. Seluruh dunia yang bersama dengan perjuangan menuntut keadilan dan menumbangkan kezaliman, bergempita dengan rasa syukur atas kemenangan ini. Rata-rata manusia yang jiwanya masih lurus dan akalnya masih berada pada tempatnya serta memahami perjuangan Islam, berasa  gembira dan senang dengan kemenangan ini.
Namun apa yang lebih besar daripada kemenangan Dr Morsi hakikatnya adalah kesedaran kita.
Bukanlah deringan loceng rehat.
Kita Teruskan Usaha-Usaha Kita. Dan Dr Morsi Meneruskan Usaha-usahanya.
Kita hidup dalam dunia global yang luas. Kemenangan di satu tempat, belum lagi bererti kemenangan di merata-rata tempat. Bahkan, pada realiti hari ini, kemenangan di sesebuah tempat itu sendiri belum bererti kemenangan penuh. Contohnya di Mesir, selepas ini Dr Morsi akan berhadapan dengan saki baki regim Mubarak pula di dalam pemerintahannya. Di Turki dahulu, Erdogan berhadapan dengan tentera Turki sendiri.
Bahkan, jika kemenangan di satu-satu tempat tersebut adalah kemenangan solid, ia tetap akan mendapat ancaman daripada Barat contohnya. Mereka tidak akan berdiam diri. Justeru, kita tidak patut berdiam diri juga. Tidak patut untuk kita berehat. Bahkan, apabila ada sesebuah kumpulan Islam menang di satu-satu kawasan, kita perlu memberikan sokongan kepadanya.
Bagaimana memberikan sokongan kepadanya? Dengan kita berusaha mengislah diri, serta mengislah keluarga dan masyarakat di tempat kita. Kemenangan Islam di sesebuah kawasan, perlu dibantu dengan kemenangan Islam di sesebuah kawasan yang lain. Barulah kemenangan itu mampu mencetus kekuatan yang sebenarnya.
Usaha mesti diteruskan lagi!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...